Pages

Jul 5, 2017

Trans Singgora : Mt Fakir Terbang

October 29, 2016

My very first hiking experience 
Gunung Fakir Terbang namanya. Haaa tak tahu kan tak pernah dengar kannn. Memang ponggg. Hahaha. Gunung ni tak ramai yang teroka lagi. Located at the Trans Singgora which was at the boarder side of Malaysia-Thailand.

Awal awal sekali dia cam eksaited laaa bila budak budak kelab (senior) ajak join naik gunung kan. Then kena lah minta permission daripada Cik Puan Besar kat rumah kannn ayah tu tak kisah sangat sebab ayah selalu bagii jeee. Ibu tuuuu hahaha. So pujuk punya pujuk at last tu kak yuyu yang tolong cakapkan dengan ibu padahal time tu tak kenal pon sape kak yuyu tu hahaha. Ok for first project untuk batch eagle ni buat time cuti midsem. Time ni cuti midsem around 2 weeks kot tapi kitorang ni kenalah balik lewat sikit haaa sibuk nak berhiking kannn.

Ekspedisi ini diberi nama "Exploration Trans of Singgora" gittuww. Bertempat di Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah selama 3 hari 2 malam sahaja. Dengan bayaran sebanyak RM100 dan seramai 34 orang ahli Kelab Kembara yang turut serta. Meriah gilak time ni sebab ramai joinggg. Gunung ni takdelah tinggi mana dalam 574m je. Tapiii gunung ni boleh kira hardcore jugak lah sebab dia berbatu batu and boleh tahan curam. Nak naik panjat batu tu pon ada yang kena guna tali so precautionary steps amatlah diperlukan dan sangat perlu berhati hati ye anak anak. Haa lagi satu hengko kena jalan kaki dulu dalam beberapa km untuk sampai ke tempat gunung tuu haa time ni memang agak mental ye tuan tuan dan puan puan lagi lagi time balik. Jalan punya jalan tak sampai sampai daaaa mana pintu keluar nya aduhainya punnn. Hahaha k.